Kenapa kau tak pernah faham,
Betapa hati ini terlalu merinduimu,
Betapa mata ini ingin menatap wajahmu,
Betapa bibir ini ingin sekali tersenyum lagi.
Namun, kau tak pernah mengerti
Kau anggap aku hanya berpura-pura
Kau anggap ini hanyalah permainan hati
Dan kau percaya bahawa yang berlaku hanyalah suatu kebetulan
Sampai hati engkau~
Dan lagi, aku dibiarkan kosong.
Mungkin aku sudah terbiasa,
Rembesan air mata ini sudah acap kali menjadi teman malam
Walau ingin sekali aku hindari.
Oh, si kaum Adam,
andai kalian mengerti betapa hati ini rapuh,
Betapa lemahnya aku di dalam
Kenapa harus ujian ini diberikan bertubi-tubi?
Sedang aku cuba menggapai saat indah dahulu
Mungkinkah ada dosa yang tidak aku sedari?
Mungkin juakah ujian ini sekadar untuk mematangkan aku?
Aku juga tidak pasti apakah yang tersirat
Cuma, mohonku Ya Tuhan,
Kau berikanlah kekuatan supaya aku terus bertahan,
Pada duri-duri dugaan yang kian hari kian galak menguji
Kerana aku percaya pada sesuatu,
Ada hikmah atas apa yang terjadi.
Itulah tunjang yang membuat aku kembali tegak berdiri,
Walau kadang-kadang kutahu dan agak pasti,
Jambatan kesabaran itu sudah rapuh ditelan masa.
Wallahualam~

No comments:
Post a Comment