Don't be surprised. This time, the entry is in Bahasa Melayu. Warning siap2.
Hmm, banyak benda nak diluahkan dan diceritakan. Ada benda tak mampu nak diluahkan orally, jadi saat dan tika itu, blog ni memang sangat membantu. Yeap, to be honest, aku bahagia dengan hidup aku sekarang. bebas, devotes to study, have my family and friends around to talk to when I'm down, yes, aku cukup bahagia dengan itu. cukup bahagia. dan buat masa sekarang, itu sudah cukup, tak perlu lebih.
Tapi, kadang-kadang untuk mencapai tahap aku yang sekarang, banyak benda yang dah aku lalui: yang sakit, yang bahagia, yang indah, yang palsu, yang kecewa dan yang melukakan. Semua nya bercampur baur. Dan kenangan-kenangan dulu yang muncul tiba-tiba tanpa aku sedari, buat aku tersenyum dan buatkan aku pasrah adakalanya. Pasrah, bila keinginan tak kesampaian, tersenyum bila kenangan indah itu muncul.
Bukan aku mahu berjiwang-jiwang di malam yang baru lepas takde letrik bukan itu niat aku, bukan juga nak ceritakan pada seluruh dunia apa yang aku rasa, bukan juga begitu. Cuma, inilah namanya coincident. Putaran lagu shuffle yang tiba-tiba keluar lagu lama-lama yang membuatkan aku teringat kisah-kisah lama yang tak indah dan jugak kisah lama yang bahagia. Macam-macam. Kalau aku ungkapkan dengan perumpamaan mungkin ibaratnya macam, kuih yang dibuat dengan macam-macam adunan tapi akhirnya, jadi lah juga kuih walau tak sesedap mana pun untuk dijamah. sekadar boleh melakarkan senyuman sebab jadi jugak kuih bukan benda lain.
Aku jadi kaku, bila lagu itu makin kuat aku dengar. oh, bukan aku kawal naik turun volume tapi mungkin perasaan aku yang melayan dan merasakan lagu itu makin kuat. haih, hati, hati. sungguh kau begitu ambil benda itu serius. Dan aku cuba bertanya tapi aku tak pasti jawapan pada soalan aku, mungkin jawapannya terlalu tersirat, barangkali.
Doa aku pada kisah-kisah silam aku, yang indah aku doakan ia kekal, dan yang sakit moga punca kesakitan aku itu, bakal hilang dan yang menyebabkan aku sakit masih lagi bahagia. mungkin sukar ditafsirkan tapi itu yang aku mahu utarakan.
Ini kisah lain. Tadi, ma, abah ada mesej aku masa aku tengah syok berjogging kat Anath Nagar. Dan tiba-tiba, aku menerima panggilan telefon dari ma, bila aku tak reply SMS beliau. Rindu barangkali. Aku pun menerangkan pada ma, apa yang tengah aku buat dalam keadaan termengah-mengah semasa jogging dan janji akan call balik. tapi aku lupa nak call. Masa kat library, sekali lagi ma call. Tanya apa yang aku buat. Aku pun explain explain lagi aku di library mahu study. tapi aku dengar suara ma yang lain, mungkin sedih sebab aku janji tapi tak tepati. MA, ABAH, bukan niat Own nak mungkir janji! Own sungguh terlupa! :( Sedih sekejap tadi tapi cakap la cakap dan kalau boleh tak mau letak telefon rasa bersalah yang amat sangat. Own pon rindu ma, abah, andai kalian ingin tahu. :( Tapi lepas cakap dengan ma, suara dia makin ceria. Rindu dah terubati pada sang anak yang kadang-kadang lupa untuk berhubung atas kesibukan. Own janji ma, abah, I will never let this thing happens again. NEVER. Walau busy macam mana pun, Own akan cuba call. Takut aku teringat kisah-kisah yang dipaparkan sejak belakangan ini, tentang anak lupakan ibu bapa bila hidup dah senang. Ya Tuhan, aku TAK MAHU jadi anak yang tak kenang budi, SUNGGUH aku tak nak. Bila andai suatu hari nanti aku senang, aku takkan lupakan ma dengan abah. Itu yang utama! Mereka berdua, lebih dari nyawa aku. SUNGGUH! Aku bukan aku sekarang tanpa insan berdua itu. Aku bersyukur masih ada mereka, dan aku akan berbakti kepada mereka hingga nafas aku yang terakhir. Itu janji seorang anak.
Wallahualam~
And, oh finally. Thanks for the hand-made rose, Ridzanoel Zulkifli. :D. U pun creative jugak. heee.sukak!
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hurt
Assalamualaikum w.b.t well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...
-
Haha.What a nice promise ryte dat day before? Confidently said I'll stop blogging for a while. But I can't.Hee. Cz blogging is one o...
-
ppl...hee....lamenye x update blog...Bukan tidak mahu tapi agak kebuzyian di situ...lalala....owh, btw, i'm here already...The place whe...
3 comments:
ko taw x?? parent aku x penah kol aku...aku je yg kene kol..bile aku kol,ko taw dy tnye pe??
"long..rumah taun ni nk cat kaler pe??"
"long..baju raya nk tema kaler pe??"
haha...aku sgt2 suka...sgt kool..haha
hehe.. bgosh3.. adik pon jangan lupa jugak ya dr.fitrilina..:D
oyop: giler kool parent ko. hahaha. kire pendapat ko dipertimbangkan la dlu ehh.. kata abg long. heee...:D..
adik: adik pon tak kan dilupa. :D ini janji seorang kakak. lalalala~ (p/s: adik jgn lupa kakak jugak yea. hee.)
Post a Comment