Monday, April 25, 2011

Dia tak pernah tinggal kita.

Salam. Today the entire post will be in Malay. :)

Hari ini aku nak berbicara tentang Dia. Tentang Dia, yang di atas, yang sentiasa ada sama ada dalam masa sedih, gembira, mahupun sewaktu bahagia. Aku tahu aku adalah insan yang memang biasa yang tak pernah terlepas dari semua salah dan khilaf samada disedari mahupun tidak.. Aku tahu, aku kadang2 leka dengan kehidupan yang melalaikan, sedangkan aku boleh cuba tukar dari kehidupan yang lalai ke yang lebih fokus dan dengan matlamat. Tapi, seperti yang telah aku perkatakan, aku hanyalah MANUSIA BIASA.

Sebenarnya, mesti topik ini agak pelik la bila keluar dari blog aku.. Hee. Yea, aku tau most of the time, aku memang coret benda-benda mengarut je pun. Tah apa2 kan aku. Lol.. Tapi kali ini just nak share je something. Tentang experiences aku sendiri.. Sejak belakangan ini, secara jujurnya, aku rasa sangat jauh dari Dia. Sangat lah distant. Waktu yang selalu aku rasa dekat dengan Dia selalunya masa-masa nak exam jer. :( Inilah manusia, bila dalam keadaan terdesak, sedih, kita cari Dia, tapi bila kita happy, bila semua lancar jer, kita sedikit lupa pada Dia. :(

Masa exam tu hari-hari kita berdoa, doa dan doa supaya kita lepas exam, dapat distinction untuk sapa yang memang aim distinction la kan, particularly not me la kan.. Hihi.. Hari-hari baca quran at least satu muka surat..Dah jadi tabiat.. Tapi bila exam dah habis, bila results pun dah keluar dan semua baik-baik sahaja, kita jadi lupa sekejap pada Dia. Padahal Dia yang dah tentukan semua tu. Haih, kejamnya kita. :(

Untuk kisah aku pulak, bila aku dah third year, hidup makin indah, tak banyak kelas, boleh tinggal2 kelas, tak ada SDL, PBL, class test apatah lagi. So, memang free la kan hidup.. Tapi still, kadang-kadang aku lupa pada Dia. Dok syok sangat enjoy life as third year, aku lupa pada Dia yang telah memungkinkan aku masuk third year dengan berjaya. :S.. Just nak ingatkan diri sendiri dan orang lain, apa pun yang kita buat, ingat Dia yang satu. Tanpa Dia, semua yang senang pun jadi susah, yang mungkin pun jadi mustahil. So, fitrilina lepas ni, try lah buat something yang at least boleh cover up balik masa-masa lagha awak tu yea.:) Selamat mengingati-Nya semua. Moga hidup sentiasa diberkati. Amin.:)

No comments:

Hurt

 Assalamualaikum w.b.t  well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...