*Amaran keras: Hari nie post aku akan semuanya ditulis dalam bahasa kebangsaan, bahasa melayu terchenta.* Heeee~
Okay, macam ni, aku pun tak tahu kenapa dan sebab apakah tiba-tiba hari ni aku EMO gila. Aku ulang, aku EMO. Check check balik nak kata 'SPM' pun tak. Hadoi, ni mesti penangan Dr. Kunal Narad yang suka nak marah-marah bila kitorang tak ingat Anatomi. Logik la kan, dah dua tahun tinggal, macamana la nak ingat. =.=... Maaf, chekgu chomel. Hihi.
Mari fitri nak chechite chechite kenapakah fitri emo hari ni. Apa yang aku buat yang menyebabkan aku melabelkan diri aku sebagai emo? Adakah aku emo tak bertempat? Atau emo aku emo macho dan cool? Haha. Saspens tak? :) macam ni, tadi aku dail la nombor tepon mak terchenta yang duduk di kampung teroi, guar chempedak. Maka, aku dengar sayup-sayup suara wawa angkat. "Ya own, napa?" Kata wawa. Terkejut dengar suara dia, (sebab aku ingat dia kat rumah makcik aku lagi kat SP sebab dia nak pergi program 3 hari di hospital), aku pun bertanya: "Aikk? Dah habis ka program?" Maka, wawa pun menjawab ya. Dia pun tanya adakah aku nak cakap dengan mak. Aku cakap ya, dan sejurus selepas itu terdengar sayup-sayup suara mak dari jauh.. Mak tanya bila balik Malaysia? Aku cakap lah tak taw lagi sebab ingat nak jalan-jalan Kashmir dulu. Pastu tetiba mak cakap, nanti wawa p, mak nak p manipal dengan aku n semua. Tetiba aku sedih. tah pape kan? Aku EMO. Aku cakap kat mak,
"Yela, bila wawa dapat sini baru mak nak datang tapi own kat sini mak tak datang-datang. :( Sedih sampai nangis. Pelik kan? hahaha. Mak cakap, "Sekarang mak susah, adik adik nak sekolah busy lagi, wawa nak masuk tempat baru lagi, banyak duit nak pakai. Nanti kita p sama-sama la tengok wawa. :)" Tapi aku ni degil. Aku pun cakap kat mak, "Takpela kalo mak tak mau datang. Tak kan nak paksa." Aku EMO. Skarang baru malu. Padahal small matter je kot. Emo macam tahi kucing. Oppss. Hihi. Tetiba mak bagi fon kat abah. Abah cakap napa? Lagi la aku sebak. Aku cakap takde pape. Takpela. Aku cakap kena hang-up aku nak pi solat. actually, tu alasan jer. then, lepas letak je telefon, ada orang lain call. Tersebak lagi kat orang lain. Sumpah segan. (T_T)..
|
Wawa gemuk :p |
|
mak dengan abah:) |
Sampai lah kemudiannya, aku jadi nyesal cakap macam tu. Aku rasa, kasarnya aku cakap camtu. Kenapa aku tak mengiyakan je apa mak abah cakap? Apa diorang cakap betul kot. Aku je emo. Mak, abah, own minta maaf. :( Sorry teremo tak bertempat. Sayang semua sangat-sangat. Rindu semua sangat-sangat. :(
Then, pada malam hari, aku ada basketball match. Macam biasa la main macam taik ayam kali ni. Haha. Main jela, try je sumbat. Kalo masuk rezeki, kalo tak de tak de la. Dah penat nak aim menang. :) Kalah pun tak pe, at least semangat tu ada..
|
adam n wawa. abah kat belakang.:) |
|
ina busuk! ;) |
|
|
aliff mata sepet. :D |
Mungkin setakat ni sahaja entri kali ini. Maafkan saya andai awak terasa dengan emo emo saya, ya sapa-sapa pun awak. Saya ni manusia biasa, yang kadang kadang terkhilaf. truth is, I never meant to do that. XOXO, Fit. ;)
1 comment:
taw xpe...senang giler emo....haha...tpi,bile da emo,paham2 la ea nk watpe pastu..kol balek,mintak maaf...=)
Post a Comment