Salaam. I've got this story from someone in FB, just suddenly found it out. :) Read and think. For me, and for you out there.(^_^)
Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Aku bukanlah orang yang baik. Itu satu benda y pasti. Tapi aku nak jadi baik. Itu satu benda y susah sekali. Ya, memang aku ada niat nak berubah. Itu langkah pertama aku untuk berubah. Tapi langkah kedua aku selalu tak menjadi. Langkah kedua ialah buat perubahan. Itu tersangat susah.
Ada orang kata "senang je nak buat baik...". Ya..untuk orang-orang macam korang boleh la cakap macam tu sebab korang memang dah baik. Aku ni dalam suasana y susah untuk aku berubah.
Selalunya jika kita ikhlas ingin berubah ke arah lebih baik kerana Allah SWT, Allah SWT akan memudahkan urusan kita kan? Haa..y tu betul! sangat betul! Sebab lepas je aku niat nak berubah tu, aku berjumpa dengan kawan lama aku kat FB ni. Bukan kawan lama tapi kawan sekolah y kitorang tak pernah bertegur sapa. Aku luahkan masalah aku kat dia. Dia layan aku sangat baik. Malangnya dia perempuan. KENAPA MALANG PLAK?? Sebab...kitorang xboleh rapat sangat...dia menjaga dirinya. Tapi seingat aku, bila aku chat dengan dia y aku nak berubah, dia balas...
"betulkan niat awak nak berubah tu kerana Allah ye..kemudian solatlah.."
Aku beritahu dia y aku xreti solat...xpernah solat...aku sedih bila nak berubah tapi ambil wudhuk pun aku xtahu..
Dia balas...
"So..mulalah belajar solat.. =) "
Simple giler ayat dia kan? Just suruh betulkan niat & solat. Boleh caya ke minah ni???
Then, xlama selepas itu aku terbaca satu hadis Rasulullah SAW...
"Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat & setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah & RasulNya, maka hijrahNya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."
[Diriwayatkan oleh 2 orang ahli hadis : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husain Mualim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab tershahih si antara semua kitab hadis]
Patutlah si dia suruh aku betulkan niat. So, aku pun betulkan niat kerana Allah semata-mata. Aku pun sedar yang aku dah banyak sangat dosa. SANGAT BANYAK! aku takut aku mati dalam keadaan aku tengah buat dosa. Tak dapat aku bayangkan kalau aku mati sewaktu aku tengah berjudi, minum arak, atau pukul orang. Ya ALLAH, aku takut...
Tentang solat...aku tak tahu kenapa penting sangat solat ni...kan lebih baik kalau si dia suruh aku bersedekah ke, berzikir ke, baca Al-Quran ke..ni dia suruh aku solat plak..dah lah aku ni xtahu langsung tentang solat..huhu
Aku pernah dengar solat itu y membezakan orang Islam & kafir...fuh! biar betul..aku tak nak jadi orang kafir..nak jadi orang Islam..Ya Allah..bantulah aku..
Tetiba aku dapat inbox message kat FB ni..dari si dia...
Hadis Nabi...
Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra. berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Islam dibangun atas lima pilar : (1) PERSAKSIAN BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, dan MUHAMMAD RASUL ALLAH, (2) MENDIRIKAN SOLAT, (3) MENGELUARKAN ZAKAT, (4) MELAKSANAKAN IBADAH HAJI, dan (5) BERPUASA RAMADHAN."
[Hadis riwayat Bukhari & Muslim]
Patutlah solat itu penting..aku dah pun mengaku y Allah satu-satunya Tuhan & Nabi Muhammad itu pesuruh Allah SWT..seterusnya aku kenalah dirikan solat kan?
Sejak itu setiap kali aku chat dgn dia, dia mesti akan tanya "da mula belajar solat?"..aku pulak asyik jawab "belum lagi..susah la awak" dia akan balas "semoga awak diberi kekuatan sebelum terlambat.." dan selepas itu dia takkan balas pape mesej, chat, or komen dari aku.
Benda tu berlanjutan sehingga sebulan lamanya hingga tiba suatu hari y kitorang dah mula lost contact. Dia ada je online, tapi tak pernah tegur aku. Takpe lah..sekurang-kurangnya aku dapat baca post-post dia...ad satu Post status dia yang wat aku terkesan..
"Wahai manusia, jika kamu ditinggalkan oleh manusia y kamu kasihi, pasti kamu akan merintih..tapi jika Allah meninggalkan kamu, kamu tidak peduli..mengapa begitu? Sedarkah kamu bahawa jika Allah sudah membiarkan kamu, kamu hanya perlu menunggu dimasukkan ke neraka jahannamNya..tahu mengapa? kerana jika Allah meninggalkan mu, kamu akan terus dibiarkan dalam maksiat yang kamu lakukan. Hati kamu tidak akan terdetik lagi untuk bertaubat. Keadaan itu akan berlanjutan sehingga akhir hayatmu jika tiada usaha darimu untuk membuat perubahan..sesudah habis hayatmu di dunia, kamu akan dibangkitkan semula & pelbagai soalan akan ditanya kepadamu..tentang UMUR mu, HARTA mu..wallahu'alam~"
sangat takut! Sejak dari hari tu, aku berubah perlahan-lahan. Setiap kali keluar dengan kawan-kawan, aku dah mula hormati azan. Kawan-kawan aku tegur "perh..otai kite dah tobat r.."..aku mesti balas "wak lu..saje je nak diam..hehe" Ya Allah berilah aku kekuatan...selain tu, aku mula jaga cakap aku..tak mencarut sembarangan..aku mula layan you tube cara solat..aku beli buku cara belajar solat budak tadika sebab comel & aku pun tak pening nak baca panjang-panjang..hehe
Makin lama sedikit demi sedikit aku berubah... SERIUS aku cakap nak berubah BUKAN SENANG tapi kalau asyik bagi alasan, tu y rasa berubah tu macam payah sangat je..hehe
Alhamdulillah sekarang aku dapat rasa aku dijaga Allah..kalau aku di ajak ke PUB dengan kawan-kawan, aku elak untuk pergi, tapi kekadang pergi jugak sebab susah sangat nak elak. Tapi bila pergi tu, mesti aku balik awal..xlepak lama-lama dgn member aku. Aku g lepak kat tempat lain..lepak r kat mana-mana contohnya atas bukit tepi highway ke..macam jiwang kan?haha then tengok bulan, bintang..aku xperasan selama ni Allah dah bagi macam-macam nikmat kat aku..tapi aku sombong dengan Allah..aku buat macam-macam dosa..akan ada ketika aku teringat pesan si dia yang dah lama hilang dari hidup aku. Walau apa kita buat, betulkan niat & jaga solat. Terima kasih awak...semoga urusan awak dipermudahkan...
No comments:
Post a Comment