Friday, August 3, 2012

Salam Ramdhan

Sekejap je masa berlalu pergi. Pejam celik pejam celik. Dah nak masuk separuh Ramadhan. ;) (Hari ini entri blog dalam bahasa ibunda okay. ;p). Aku rasa satu kelainan untuk Ramadhan kali ini kalau nak dibandingkan dengan Ramadhan sebelum sebelum ni. Seikhlasnya, aku rasa, banyak benda yang aku pelajari, dan banyak benda yang aku sudah boleh dikatakan 'improve' terutama sekali bila berbicara tentang ibadah pada bulan mulia ini. Aku tahu kalau sebelum ini, walaupun nama  sahaja Ramadhan, aku masih lagi bermain- main, tidak menggunakan peluang yang ada untuk semakin dekat kepadaNya. Aku lalai, leka dan alpa sedangkan aku sudah tentu tahu pada bulan ini, Allah s.w.t telah memberkas yang namanya Iblis, yang terus sahaja menghasut kita untuk benda benda yang tak elok. Tapi untuk sebelum sebelum ini, aku rasa sama sahaja kalau bulan Ramadhan ataupun bulan bulan biasa. Maknanya di situ, ada ke tak ada sang iblis, aku masih lagi lalai. Haihhhh, sedih pulak rasa. :(Tetapi kali ini, aku rasa nikmat Ramadhan. Rasa tenang dan best sangat. ;') Terima kasih, Ya Allah.

Seminggu lagi , insyaAllah, aku bakal pulang ke kampung halaman, menandakan cuti semester aku bermula, selama dua minggu lamanya. Dua minggu, sepertinya macam lama la sangat, tapi kalau sudah sampai saat itu, setiap hari pun rasa cepat sahaja berlalu. Tetapi, berakhirnya cuti semester kali ini menandakan bahawa, perjuangan aku akan bermula, bukan bermaksud belum bermula sebelum ini, cumanya, selepas cuti nanti, aku harus berusaha kuat, berjuang habis habisan untuk peperiksaan P2S1, salah satu peperiksaan yang penting sepanjang aku menjadi pelajar perubatan supaya kami dapat memasuki tahun ke lima yang bermaksud tahun terakhir, insyaAllah. Selain usaha yang berterusan, doa dan tawakal jangan dilupa, apa pun tanpa izinNya, semuanya tak akan tercapai. Jadi,

Ya Allah, Engkau yang Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa hamba hamba- Mu, Kau permudahkanlah urusan kami, tenangkanlah hati kami supaya kami dapat berusaha dengan bersungguh sungguh dan berikanlah kami kejayaan dalam peperiksaan supaya kami dapat menjadi doktor yang berjaya, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin. :)

Selepas cuti juga, aku akan ditabalkan sebagai Ketua untuk Medicine Posting. Agak berat tugasnya aku kira, kerana posting selama 8 minggu bukanlah suatu yang mudah.

Bantulah aku Ya Allah, semoga aku dapat menjalankan amanah dengan jayanya dan masih lagi di atas jalanMu. 

Amin. Amin. Amin.

Bukan itu sahaja, selepas cuti juga, aku harus kuatkan hati, tabahkan jiwa dan sentiasa tenang. Semester 8 bermaksud, aku perlu me'restrict'kan certain things, bukan aku sahaja yang harus 'restrict', dia juga. Kerana keadaan tak mengizinkan, betul betul tak mengizinkan. :(. Aku tahu, untuk adaptasi pada perubahan itu, agak sukar untuk aku, dan aku yakin sukar juga bagi dia, tetapi semuanya kerana keadaan, tidak boleh nak ubah. Moga kami akan terus kuat. Moga ini yang terbaik buat kami, Ya Allah. Seperti selalunya yang dikatakan padaku, semangat semangat semangat!! Ambil itu sebagai cabaran, aja aja fighting! (^_^)

Mungkin itu sahaja untuk entri hari ini, sudah penat aku tidur, dan sudah penat aku melayan perasaan berseorangan.

Salam Ramadhan! 

No comments:

Hurt

 Assalamualaikum w.b.t  well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...