Thursday, August 30, 2012

Unknown Untitled.

Kini, hampir setiap malam, penghujung hari aku ditemani dengan air mata yang laju mencurah membasahi pipi. Sungguh aku cuba menahan tapi aku tidak mampu lagi, kekuatan aku sudah patah, kerana aku tahu kemampuan dan kebolehan aku, aku ini insan yang terlalu amat sensitif dan emosional. Saat dan ketika ini, air mata masih laju meluncur. Hati aku hiba, jiwa aku sayu, namun bicara aku kaku. Mengapa terlalu besar dugaan buat kami? Ya, mungkin terlalu paradoks, tidaklah sebesar mana namun untuk hati perempuan seperti aku, sebuah perubahan drastik seperti itu amat memilukan hati ini sejujurnya. Makin terasa sakit bilamana, semuanya terpaksa aku simpan sendiri, aku telan sendiri kepiluan itu. Tidak punya kekuatan untuk berkongsi dengan orang lain kerana bukan semua orang faham akan perkara yang terjadi.

Ya Allah, andai ini yang terbaik, maka Engkau tabahkanlah hati ini, dan redhakanlah jiwa ini untuk apa yang bakal terjadi. Aku bukan insan yang kuat yang mudah tenang pada kesendirian malam yang sendiri, aku bukan wanita cekal yang sudah resistance pada air mata, aku wanita biasa, yang nangis bila sedih, yang diam kelu bila aku terlalu rindu.

Aku doa kepadaMu Ya Allah, untuk malam malam seterusnya, berilah aku sedikit secebis kekuatan yang berbaki untuk aku bertahan lagi. Masih lama perjalanan itu, sungguh masih lama. Masih lama untuk tiba di masa yang sebetulnya milik aku dan dia. Kau keringkan lah air mata ini, supaya jangan lagi malam seterusnya, deretan air mata laju lagi mencurah di pipi. Aku berdoa dan aku bersujud hanya kepadaMu. 

No comments:

Hurt

 Assalamualaikum w.b.t  well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...