"Real me"


Myspace Graphics

Followers

=)

Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, March 16, 2010

fighting against diarrhoea!

Menulis dalam bahasa ibunda kadang-kadang memang seronok. Hee. And now this is what I'm doing. Yeah right. Hari ini, schedule aku masih macam biasa. Bangun subuh yang boleh dikategorikan sebagai subuh gajah, kemudian tidur semula. The next wake-up adalah sangat-sangat lah lewat di mana tidak bagus untuk seorang anak dara macam aku. Oh, who cares anyway? haha. ( tapi some people care kot. ohh, whatever.:P) Lepas bangun, golek-golek di atas katil, thinking what should I do next. Yeah, routine. Sebenarnya kan, aku ada satu rahsia. Cuti lelama pon tak best jugak taw. Sebab bosan tak tau nak buat apa. Tapi bila takde cuti sibuk maki hamun lecturers sebab tak bagi cuti. Haihh, people2. Bila la nak berubah. Huu. :) Fikir punya fikir sampai dah tak boleh nak fikir, aku pun sambung cerita Dhoom II yang aku tengok half-way semalam. Dengan badan yang masih liuk lentok di atas katil yang tak lah berapa nak empuk mana. Sambung for another 1 and half hours. Done watching! ;) Aku pun bergegas bangun dari katil, ambil towel lalu masuk la bilik air mahu mandi. Dah habis mandi, jam menunjukkan pukul 1300. Apakah? Dah lewat rupanya dan aku masih belum breakfast! haha. Yeah, anyway layakkah di panggil breakfast waktu macam ni? Ini bukan breakfast, ini dah lunch cik Nurul Fitrilina oiii. Hihi... Sorry. Aku pun berjalan ke dapur, ngap sama itu roti bersalutkan jem. hmm, mixed fruit jam. Sedap! Lepas tu, makan oreo jugak. Yummy2. =p. Aku pun masuk la bilik balik. Tiba-tiba, sesuatu telah berlaku di mana perkara ini adalah suatu kebiasaan di apartment aku iaitu Ajay Arcade. Black-out! S***! Hmm. Aku pun mengambil keputusan untuk golek2 lagi di atas katil. Keputusan ini menyebabkan aku terus-lah tertidur di situ sampai pukul 3.30 petang bila tiba-tiba roomie terchenta kejut, Zaty.

"Fit, bangun fit. Solat Zuhur."

Aku gosok mata aku, alamak dah lewat. Melompat la aku pergi ambil wuduk. Haihh, fitri fitri. Solat dah makin lewat. Insaflah. ( nasihat pada diri.:[ ) Selepas solat, tetiba perut aku dah rasa lain. Alamak. Apakah ini? Aku pun ke toilet. Berita yang tidak berapa menyenangkan

.tanda-tanda awal DIARRHOEA.

Ok.Ok. Satu persatu geng Tera kena diarrhoea bermula dengan Hasmira Bismi diikuti dengan geng Tera yang lain.( walaupun ada insan bertuah Tera tak kena). Hypothesis awal adalah mungkin keracunan sewaktu travel bersama-sama dlu cuma yang bezanya effect lambat atau cepat. I hate this feeling. Sakit gila kot, bila rasa seperti mahu 'BERI' tapi yang outputnya adalah air??? Huhhhhh. Harap bersabar. Nak petik balik kata-kata Mirae dalam facebook tadi:

"ambillah ujian kesakitan ini sbg suatu nikmat...yakinlah bahawa ujian penyakit ini akan mnghapus dosa2 terdahulu..."

Thanks mirae. He he. Ayat ni lah yang menguatkan aku balik tadi. padahal kan, diarrhoea mirae lagi worse dari aku. Hmm.

Titik kisah diarrhoea. Malam tadi, housemate aku- Ckin, Zaty dan Mirae ajak tengok cherita korea, cherita hantooo.

Wishing Stairs.

Berfikir dua kali jugaklah masa nak tengok. Sebab kalau sapa yang kenal aku, aku ni penakut untuk tengok cherita-cherita hantu ni. Even scene yang biasa pun aku jerit. Haha. Penakut sungguh la. Bayangkan lah cherita Thai, Nang Nak pun aku jerit tak pada2. Hee. ^_^ Tapi tadi aku gagahkan gak diri tengok. Tapi jerit-menjerit itu biasa tadi dan mereka bertiga menggelengkan kepala sahaja melayan aku. haha. Done watching.

Dan sekarang aku tengah mengupdate blog, baru keluar dari toilet ni. Haihhh. Nak kemas-kemas katil sikit dan mungkin tidur terus. tak pun another movie! heehehe. yang pasti esok aku ada misi.

.nak kemas katil, meja study sampai bersih!!.

GOOD LUCK fitri! ;))

2 comments:

Redz da Tsar said...

1. Aku kesah ko bangun lewat atau tak
2. Kalau buat filem hantu katak, rasanya ko takut tak?
3. Semoga cepat sembuh~

Fi3LiNa said...

1. Alamak, u kesah ke redz. haha. hee~ okay tak bangun lewat dah! :P. @_@

2. Filem hantu katak? Mungkin ketakutan akan menjadi double. tapi masih lagi aku terfikir- fikir macamana katak nak jadi hantu sedangkan beliau sgt lah kecil? Hmmm~

3. Thanks for that. :) semoga cepat sembuh juga untuk ko.. and I guess diarrhoea ko lagi teruk dari aku~