Friday, August 19, 2011

manipal, fit sayang kamu:)

Salam. Hari ini memandangkan adalah hari terakhir saya di Manipal officially, ( actually bertolak dari Manipal ke Ooty pada 20/8/2011)saya punya entri kali pun dalam bahasa Melayu.. Sedap sikit nak menceritakan tentang kenangan, kerinduan dan sayang dalam bahasa ibunda kita. :)

M A N I P A L M A N I P A L M A N I P A L M A N I P A L M A N I P A L

Bersama boss dan akka nandini.




Saya masih ingat dengan jelas pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke bumi Manipal. Tarikh yang sebetulnya saya tidak pasti tapi yang pasti pada bulan March 2009. Pada malam itu, malam pertama saya di Sonia Hostel, saya cuba berkali-kali untuk menghubungi ibu yang memang jauh di mata, pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi asing yang memang jauh sekali segalanya dari bumi Malaysia. Cuba dan terus mencuba, tapi panggilan masih gagal kerana nombor Airtel tidak diaktifkan lagi secara rasmi. Mungkin 24 hours notice diperlukan. Tiba- tiba tanpa sedar, ada juraian air mata mengalir dari pipi perlahan-lahan. "Mak, macamana own nak survive dekat sini? Semua tempe-tempe( nama gelaran untuk orang tempatan di India) macam scary je own tengok. Sonia Hostel ni pun dah macam berhantu," saya berbisik dalam hati kecil. Tapi saya gagahkan diri dengan kekuatan untuk cuba lelapkan mata pada malam itu dengan harapan bukanya mata esok, saya dapat mendengar suara emak dari hujung talian menandakan bahawa akaun Airtel sudah diaktifkan. Diharapnya begitu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, suara ceria mak memang sudah dapat didengar tiap hari( sebab saya homesick jugak mula-mula sampai sini.. Hee.. Gaya macam tak pernah duduk hostel je kan.. teeheee). Kehidupan saya di India semakin lancar dan proses adaptasi berlalu dengan sangat pantas. Sonia Hostel yang dulunya saya label sebagai tempat berhantu kini menjadi tempat yang saya sayang. Lokasinya yang dekat dengan Library, foodcourt dan Interact memang sangat strategik. Tempe- tempe yang suatu masa dulu saya takut kini ada yang baik dan layanan yang diberikan juga baik  contohnya macam Akka Sonia dan Lecturers. ( sebenarnya, tempe yang layan kita macam sampah memang bersepah tapi tak payah lah disebut disini. Biar kenangan yang dibawa balik adalah kenangan terindah. :). Masih dalam semester pertama dalam Tahun Pertama, saya agak main-main sebenarnya. Al- maklumlah baru sampai di tempat orang, proses adaptasi masih berterusaan berlaku dan kemalasan kian memuncak, kemalasan study untuk lebih spesifik. Jadi, saya takdelah score hebat sangat dalam Block 1 dan Block 2 exams dulu. Hee..

Inilah Maya :)
Semester 2 pun tiba, untuk Tahun Pertama. Dari Sonia Hostel, semua sudah berpindah ke rumah termasuklah saya sendiri. Jadi, apartment yang menjadi pilihan adalah Ajay Arcade, nun jauh di pedalaman berbanding dengan apartment mewah yang lain. Ajay Arcade bukanlah apartment mewah, hanyalah apartment biasa, yang security guard yang proper pun tak ada.. Lifnya macam zaman Paleolitik, ada gril macam penjara. Heee... :D. Tapi alhamdulillah, sewa bulanannya tidaklah mahal, sekadar Rs8,500 sebulan untuk satu rumah. :) Sebelum terlupa untuk mention, saya juga ada alat pengangkutan sendiri yang dibeli di sini untuk memudahkan saya bergerak ke sana ke mari, iaitu sebuah scooter yang berwarna ungu atau purple, diberi nama indah iaitu Maya. Maya, sebuah nova scooter, yang dibeli dengan harga Rs15,000 daripada workshop memang comel. Sejauh-jauh Kapu Beach dan Malpe Beach pun dah dia sampai. Cool kan dia? :), Sesungguhnya dengan adanya kenderaan sendiri memang la menyebabkan saya suka merempit ke sana ke mari.. Nasib baik mak dengan abah bagi saya bawak scooter di sini sedangkan saya memang tiada lesen di Malaysia, dan even di Malaysia, saya nak pergi kedai beli aiskrim naik basikal ikut jalan besar pun mak tak bagi. :p.. Tekejut jugak bila niat untuk membeli scooter tidak dibantah oleh mak. :p. Mungkin mak dah percaya anak dia nie boleh jaga diri dengan baik dah kot, kata dah besar kan?;p
Itu belum diceritakan kenangan semasa study week untuk universiti exam first and second year. A group of four. :) Kenangan yang tak akan saya lupa walaupun kini ada benda berubah, banyak jugak actually, good and not so good things. =.=.. Takpelah, ini lah perjalanan hidup. :). Rugi saya tak ambil gambar banyak-banyak masa study week.. patutnya tengok muka berkerut sorang-sorang menghafal dan cuba memahami bertimbun timbun muka surat daripada bertimbun timbun buku. Medical student kan, kena la usaha lebih. ;). Heee...

GOLDEN TEMPLE
Kenangan travel selepas tamat First Year pun antara kenangan yang lekat dalam hati juga.. Walaupun ada benda yang sedih dan mengecewakan terjadi, namun, di sebalik itu, kenangan yang boleh membuat saya tersenyum pun saya tak akan lupa. Sampai bila- bila. ;-) Macam-macam tempat kami bertiga belas berjalan. New Delhi, Mumbai, Jaisalmer, Agra, Shimla, Manali dan sebagainya. India! :)
JAISALMER


Kenangan di Manipal pun banyak. Manipal banyak mengajar saya macam- macam benda. Kadang-kadang benda itu tak dapat kita rasa dan belajar di tempat- tempat lain walaupun di tanah tumpah kita sendiri. Mungkin suatu hari saya akan kembali ke sini, cuba mengimbau kembali kenangan lama yang saya yakin masih lagi segar dalam ingatan. Dan mungkin saat itu segalanya telah berubah. Saya, dia, dan kamu- kamu semua. Kita. :). Kita yang mungkin sudah terlalu matang kalau dibandingkan kita pada tahun 2009 yang dahulu. Sebelum saya akhiri entri kali ini, saya nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua ahli-ahli Manipal yang banyak membantu saya dan memberi pengajaran kepada saya bermula daripada sesimple pak cik lap tingkap di library yang tekun dan gigih mengelap kepada sebesar besar Associated Professor of Manipal University, Dr. K Ramnarayan. :)

2 comments:

Redz da Tsar said...

No 1: Dr. K. Ramnarayan bukan Ass Proff, tapi VICE CHANCELLOR of MU..

No 2: Babai..

fi3lina said...

ohh.. tersasul plak.. vice chanc dlm otak act. thanks for correcting.. ;).. Babai jugak.. T.T

Hurt

 Assalamualaikum w.b.t  well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...