"Real me"


Myspace Graphics

Followers

=)

Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Saturday, December 26, 2009

sedih bukan sadis.

SEDIH. Kali ini terasa nak menulis dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu. Ya, saya berasa sangat SEDIH. Kenapa ini semuanya terjadi? Kenapa mesti waktu-waktu begini. Di saat-saat di mana tak harus aku rasa SEDIH itu. SEDIH bila keputusan yang telah saya buat tidak memuaskan hati pihak yang lain. SEDIH bila keputusan saya dipandang lemah. Ya saya tahu saya bukan orang besar yang tahu semua benda. Ya, saya juga tahu saya bukan manusia sempurna yang memang sempurna dalam semua hal. Saya sedar dan amat faham siapa saya. Tetapi adakalanya, saya harus membuat keputusan yang drastik untuk sekadar melakirkan semula senyuman di wajah saya, setelah saya rasa sudah lama senyuman palsu terlakar sejak belakangan ini. Kembali kepada topik utama: Saya SEDIH. Bila ada insan yang tidak memahami dan tidak cuba untuk memahami. Bertubi-tubi kesalahan diletakkan di bahu saya, tanpa sejenak berfikir apa perasaan saya,apa significant keputusan saya dan yang paling menyedihkan, bila persoalan-persoalan itu diajukan pada insan lain dan bukan saya sendiri walhal saya adalah orang yang harus menjawab persoalan-persoalan ini. Mungkin, apa yang telah saya lakukan di luar tanggapan orang, namun, itu adalah keputusan saya dan saya rasa saya telah mengambil langkah yang mungkin terbaik saya juga tidak pasti tapi sekurang-kurangnya, air mata itu tidak akan mengalir lagi buat sementara waktu. Saya sudah penat dengan masalah-masalah yang menimpa sejak belakangan ini, sudah lali juga sudah capek kata mereka. Semua ujian ini untuk menguatkan saya dan saya amat faham itu. Terima kasih kepada DIA kerana masih menyayangi saya dengan dugaan yang bertubi-tubi dicurahkan supaya mengajar saya erti kekuatan dan kecekalan untuk hari-hari yang akan datang. Ya Tuhan, mereka mungkin tidak faham, mereka mungkin berfikir bahawa apa yang telah saya putuskan agak drastik dan mungkin membawa masalah suatu masa depan, itu saya tidak pasti, namun saya sudah TEKAD. Itu keputusan saya. Mereka yang tidak faham, saya tidak akan menyalahkan mereka sama sekali tidak akan menunding jari kepada mereka, namun sekiranya anda tahu, saya tidak akan menyusahkan anda dan itu adalah pasti kerana ini keputusan saya dan biar saya sahaja yang melalui apa sahaja kemungkinan pada masa hadapan. Ya Tuhan, kuatkan aku dan semoga keputusan ini ada hikmahnya. Hanya kepadaMu aku memohon. :)

2 comments:

.:FARA anak ABAH:. said...

KAU ramai weh..nmpk cam ko sorang..tp ko ber-7 sebenarnye..chill2^^

OyOp said...

chill fit...org riso kat ko...tu jer..yer..tekad,tp perlu musyauwarrah yg terperinci bukan?takut menyesal pula nnt...who know what will the future lies in front of us?kn?so..chill ok...everyone just want the best for you...