"Real me"


Myspace Graphics

Followers

=)

Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, May 17, 2012

Rindu

Kadang- kadang, perasaan rindu itu datang.

Tanpa dipinta, perasaan itu hadir, menggugat jiwa, hati berbuah sayu,

Ya, aku rindu, tersangat rindu.

Pada kau, kau dan tentu sekali kau.

Bila boleh kita ketemu macam waktu dulu?

Bicara sampai mulut terasa penat, dan ketawa sampai hilang isi suara?

Aku tidur, kau mencuri memandang tepat ke mataku,

Aku buka mata, kau masih ada,

Hati aku terlalu bahagia, tiap permandangan kita terokai sama- sama,

Hujan di luar tidak pernah mengganggu,

Perjalanan yang indah, walau biasa namun luar biasa bila adanya kamu.

Dan kau- kau pula, menanti di suatu tempat,

Cukup sekadar melihat, hati rasa mahu jerit kesukaan,

Tangan dan tangan yang bersentuhan bersalaman membuat aku rasa terlalu sayang pada kalian

Tangan- tangan itu lah yang membesarkan aku sampai aku yang sekarang,

Ucapan terima kasih tidak cukup.

Namun kalian tidak pernah berkira.

Tunggu suatu saat, lepas tamatnya perjuangan ini,

Kalian akan tersenyum bangga denganku.

Dan lagi, kau- kau yang lain,

Yang ada di saat aku ketawa, nangis dan bahagia,

Darah yang mengalir dalam badan kita semua serupa, tidak ada beza,

Kerana kita berkongsi darah dan daging, walau nadinya lain,

Sayangnya aku pada kamu tiada tandingan.

Jadi,

Pada kau, kau dan kau,

Aku ulang, untuk kesekian kalinya,

Aku rindu. =(

3 comments:

nifyna said...

yeah.. me too.. miss you much =(

Redz da Tsar said...

Jarang berpuisi dalam bahasa`

fi3lina said...

adik: miss you more. =(((
Redz: haah, dah lama x tulis puisi malay. hehe. tapi bahasa melayu tak reti sgt bersastera:)