Monday, July 20, 2009

Orang kata...

Orang kata kalau kita fikir positif semua akan baik2 belaka...
Orang kata kalau kita terasa kita buat taktaw je sebab tu mainan perasaan...
Orang kata kalau kita emotionally unstable, kita ceriakan la hidup selalu...

Hmm...Ramai orang kata mcm tu...Ramai..Maksudnya, berhasil...Maksudnya, betullah tu...
Tapi kenapa hati kecil ni selalu rasa tak? Selalu tak boleh nak ikut apa orang kata..Selalu buat benda yang sebaliknya...Napa hati kecil ni selalu rasa lost, rasa hopeless, rasa macam sorang2, rasa tak best...tak best laa..susah nak cakap...Yang penting semuanya bukanlah rasa yang baik dan rasa yang positif....hmmm...T_T...Kenapa hati kecil ni macam ni? Kenapa? Jawab sendiri lah fi3...fikir.Duduk.Tenangkan hati.Saat ni memang Dia yang cuba aku ingat..Tiap saat..Tiap ketika...Moga berhasil...

Orang kata kalau nak berjaya, kena usaha....
Orang kata kalau mahu yang terbaik, kena sabar..

Orang kata lagi...Dan fitri?
Apa yang fitri kata?
Fitri tak mau cakap apa-apa dah.T_T...
Fitri nak diam.Betul nak diam.Betul.

3 comments:

hazirahamzah said...

haih, samela kte bdua neh fitri.
org kate cmtu, kte rse cmneh..

fi3lina said...

bettuullll.....=((

Akmal Kassim said...

mungkin cara kita berfikir lain dengan cara orang lain berfikir,
mungkin naluri hati kita juga berkata lain daripada orang lain,
mungkian tindakan kita berbeza dengan persekitaran kita,
mungkin kepercayaan kita beza dengan orang lain,
kerana itulah variasi dalam kehidupan.

untuk mendidik kita,
untuk mematangkan kita,
untuk memberi kita cahaya,
untuk memberi kita kejayaan.

tapi
percayalah pada diri sendiri,
percayalah pada kebolehan kita,
percayalah pada ketulusan kita,
percayalah pada hati kita.

kerana tiada jawapan betul di dunia ni. semuanya berkaitan persoalan yang akan menjadikan kita insan yang berguna.

Hurt

 Assalamualaikum w.b.t  well, hello. Here I am again. Just recovered from Covid 19 infection Cat 2A about 3 weeks ago. My husband, my parent...