"Real me"


Myspace Graphics

Followers

=)

Lilypie First Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Pages

Saturday, March 31, 2012

...

sungguh, Ya Allah.

Aku kecewa. Kecewa sebab aku tak dapat buat apa-apa.

Kecewa sebab aku tidak punya kuasa untuk berkata.

Andai aku kata, semua sia-sia, tidak diambil pusing, dibiarkan jauh di sudut lain.

Kau tak pernah kisah, tentang aku, tentang insan yang sedarah daging denganmu

Kau asyik dengan cinta, sayang kau pada masa yang tidak tepat,

Kau lupa pada pengorbanan dan perjuangan insan yang bawa kau ke alam ni,

Kau leka, leka dan terus leka, walhal masa terus berputar.

Saat ini, hati aku dah penat untuk terus berkata-kata nasihat,

Aku sudah patah hati sepatahnya,

Buatlah apa yang kau rasa baik, kau rasa elok.

Kau rasa yang boleh menghidupkan kau lagi 50 tahun depan.

Aku akan terus diam, bukan sebab aku benci,

Tapi sebab aku kecewa, dan sudah pasrah.

Maafkan aku, andai aku bukan kakak yang baik untukmu.


Yang ikhlas,
Kakakmu yang terus sayangkan mu. 

No comments: